Inflasi Perubatan Malaysia 2025: Mengapa Harga Rawatan Makin Melambung
Pergi hospital swasta sekarang dan tengok bil — kemungkinan besar awak akan terkejut dengan angka yang tertera. Kos perubatan di Malaysia telah meningkat dengan mendadak dalam beberapa tahun terakhir. Memahami punca inflasi perubatan ini akan membantu awak faham kenapa medical card adalah pelaburan yang sangat penting.
Berapa Kadar Inflasi Perubatan Malaysia?
Berbeza dengan inflasi umum yang biasanya dalam lingkungan 2-4% setahun, inflasi perubatan di Malaysia boleh mencecah 10-15% setahun. Ini bermakna kos rawatan yang RM50,000 hari ini mungkin akan jadi RM80,000 dalam 5 tahun sahaja.
Punca Utama Inflasi Perubatan
Pertama, kemajuan teknologi perubatan — peralatan baru seperti MRI terkini, robot pembedahan dan mesin diagnostik canggih memerlukan pelaburan besar dari hospital. Kos ini dipindahkan kepada pesakit.
Kedua, kos ubat-ubatan yang meningkat terutama ubat-ubatan biologik dan targeted therapy untuk kanser yang harganya boleh mencecah puluhan ribu ringgit sebulan. Ketiga, kos tenaga kerja perubatan yang terlatih — doktor pakar dan jururawat yang berpengalaman memerlukan gaji yang tinggi.
Impak kepada Pemilik Medical Card
Inflasi perubatan inilah sebab utama kenapa premium medical card naik setiap tahun. Syarikat insurans perlu adjust premium mereka untuk keep up dengan kenaikan kos rawatan. Ini juga sebab kenapa had perlindungan yang cukup hari ini mungkin tidak mencukupi 10 tahun dari sekarang.
Apa Perlu Dilakukan?
Review had perlindungan polisi awak secara berkala. Pastikan had tahunan awak masih relevan dengan kos rawatan semasa. Dan jangan tunggu penyakit datang — beli atau upgrade medical card sebelum awak perlukan.